talian johan rakyat

Sunday, April 18, 2010

KHAIRY: PENDUDUK HULU SELANGOR MAHU CALON MUDA TEMPATAN



Pengerusi pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak mengetahui golongan mana yang masih inginkan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel sebagai calon di pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Beliau bagaimanapun mengakui wujudnya satu golongan dalam MIC di kawasan itu yang mengugut untuk memboikot pilihan raya tersebut sekiranya Palanivel tidak diletakkan sebagai calon.
BN dijadual mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini, namun hampir separuh daripada ketua-ketua cawangan MIC kawasan itu hari ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Palanivel.
Ada yang membayangkan untuk memulaukan pilihan raya tersebut sekiranya cadangan untuk mencalonkan Palanivel itu ditolak oleh BN.
Menurut Khairy, berdasarkan maklum balas yang diterima, masyarakat di kawasan itu mahukan calon daripada golongan muda MIC dan bukannya Palanivel (bawah) seperti yang ditekan oleh golongan berkenaan.
Katanya, keputusan daripada pemimpin BN mengenai penentuan calon parti itu perlulah dihormati.
"Ugut-mengugut ini bukanlah satu perkara sihat," kata Khairy ketika ditemui Malaysiakini di lobi parlimen hari ini.
Beliau juga mendakwa tidak mengetahui kononnya ada kumpulan yang masih menyokong Palanivel sebagai calon.
"Saya tidak tahu. Saya tidak tahu. Yang saya boleh jawab,sebagai pengerusi pemuda BN, feedback yang saya terima, inginkan kepada calon muda.
"Kemahuan mereka adalah untuk calon MIC dan perdana menteri telah jawab akan diberikan calon MIC.
"Jadi saya tidak tahu apa masalahnya (lagi). Mungkin ini sebahagian atau keseluruhan daripada parti MIC saya tidak tahu tapi akhirnya kita kena lihat keputusan yang akan dibuat.
"Saya dah turun dah dapat banyak feedback dan nampak gayanya hendak kepada calon tempatan. Orang muda hendak kepada calon muda," katanya. - Malaysiakini

CALON BEBAS- VS CHANDRAN TARIK DIRI


HULU SELANGOR, 19 April — V.S. Chandran, bekas timbalan ketua MIC Hulu Selangor, sebagaimana dijangkakan dikatakan telah memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Chandran dijangka akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini, sekali gus mengurangkan persaingan kepada pertemuan tiga muka.
Mana-mana calon yang hendak bertanding perlu memaklumkan pendirian mereka kepada SPR sebelum 12 tengah malam ini.
Berdasarkan maklumat SMS diterima The Malaysian Insider, beliau dijadual mengadakan sidang media selepas itu.
Bagaimanapun usaha mendapatkan pengesahan langsung daripada Chandran gagal tetapi pembantu-pembantunya mengesahkan perkara ini.
“Ya, betul Chandran telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding kerana sebab-sebab tertentu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.
Langkah itu dijangka akan membantu mengelakkan sokongan masyarakat India khususnya ahli-ahli MIC kepada calon Barisan Nasional yang diwakili oleh Ketua Penerangan MIC pusat P. Kamalanathan daripada terjejas.
Selaku bekas pemimpin kanan Chandran dipercayai mempunyai sokongan untuk menarik pengundi-pengundi masyarakat India daripada kalangan ahli MIC.
Tinjauan The Malaysian Insider menunjukkan sebahagian ahli-ahli MIC masih kecewa dengan keputusan menggugurkan Timbalan Presiden Datuk G. Palanivel yang juga Ketua MIC Hulu Selangor daripada bertanding semula di Hulu Selangor.
Mereka dikatakan tidak akan mengundi calon BN, yang sedikit sebanyak akan mengganggu sokongan kepada Barisan Nasional.
“Sebenarnya beliau (Chandran) hanya marah terhadap MIC, tetapi dalam hatinya beliau masih sayang pada Barisan Nasional. Beliau sendiri pernah kata beliau menyokong kuat Barisan.
“Saya percaya demi rasa sayang kepada Barisan Nasional, beliau memutuskan untuk tarik diri,” kata sumber itu.
Chandran merupakan salah seorang daripada dua calon Bebas memberi saingan terhadap Kamalanathan dan calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.
Seorang lagi calon Bebas ialah Exco Pemuda Shah Alam Johan Mat Diah.
Selepas penamaan calon kelmarin, kepimpinan Umno dan MIC berkata kedua-dua Chandran dan Johan berhadapan dengan tindakan dipecat dari parti masing-masing. - TheMalaysianInside

CALON BEBAS - DIPECAT DARI UMNO


HULU SELANGOR, 17 April — Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas tergugur keahlian dari parti itu.

“Sah, dipecat,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.

Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong boleh dipecat dari parti.

Johan (gambar), 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor. - TheMalaysianInsider

CALON TEMPATAN : BELUM MULA BN DAH BOHONG


HULU SELANGOR, 15 April: Belum lagi penamaan calon bermula, timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin telah berbohong kepada penduduk Hulu Selangor.

Ini kerana, beliau dengan tegas sebelum ini berkata, akan menamakan anak tempatan sebagai calon BN di Hulu Selangor.

Muhyidin membuat janji ini Isnin lalu ketika bercakap kepada penduduk Sungai Buaya, Hulu Selangor dan disiarkan kemudiannya oleh media Umno sendiri.

Tetapi, hari ini beliau mengumumkan seorang penduduk Rawang dari bahagian Selayang, Selangor iaitu P Kamalanathan sebagai calon BN di Hulu Selangor.

“Hari itu (Isnin lalu) timbalan perdana menteri mengatakan anak tempatan... tapi hari ini orang luar dibawa masuk. Apakah ini bukan cakap bohong?

“Kalau mengatakan bahawa hendakkan anak tempatan, dan jika tidak mahu Datuk G. Palanivel juga, lebih baik pilih V. Mugilan atau Balasundram (naib ketua MIC Hulu Selangor,” kata Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor Raily Muniandy ketika dihubungi laman web The Malaysian Insider.

Menurut beliau, MIC mempunyai ramai calon anak tempatan, yang berpelajaran. Tetapi mereka kesal kerana BN telah membawa calon dari luar iaitu dari Bahagian Selayang.

Kamalanathan, menurut beliau adalah calon yang pernah kalah dalam saingan merebut Ketua Pemuda MIC bahagian Selayang.

Sebelum ini, MIC Hulu Selangor menolak cadangan agar V. Mugilan, Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat diletakkan sebagai calon.

Muhyidin mengumumkan Kamalanathan (gambar atas), seorang ahli perhubungan awam sebagai calon BN di Bilik Gerakan BN Bukit Sentosa, Bukit Beruntung petang tadi.

“Kita memilih beliau kerana pengundi mahukan orang baru sebagai wakil rakyat.

“Beliau seorang yang kuat bekerja, lurus dah seorang yang pegang janji,” kata Muhyiddin ketika mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengumumkan calonnya dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim akan diletakkan bertanding untuk pilihan raya kecil ini. - Harakahdaily

Friday, April 16, 2010

SIAPA IBRAHIM ALI????

Apakah wadah perjuangan Ibrahim Ali????
Apakah tujuan beliau memimpin PERKASA????

Perkara ini menghantui fikiran saya setelah satu pertemuan empat mata malam tadi.

Pertemuan diantara Calon Bebas dengan Ahli Parlimen Bebas. Pasti byk yang dibincangkan????

Walaubagaimanapun biarlah topik perbincangan itu menjadi rahsia buat sementara waktu.

Terimakasih diatas sokongan dan dorongan saudara!!!!!!

Wallahualam.


PEMUDA SHAH ALAM MEMBERI SOKONGAN PADU

Terima kasih diucapkan kepada kepimpinan pemuda shah alam atas sokongan padu yang diberikan.

SOKONGAN ANDA PASTI MENAMBAH SEMANGAT JUANG HANG JEBAT INI.
BANGKITLAH BERSAMA-SAMA, SESUNGGUHNYA APA YANG BERLAKU HARI INI BUKAN PENDERHAKAAN TETAPI SEBAGAI "SIGNAL" KEBANGKITAN PEMUDA
IMBAULAH SEJARAH, HAYATINYA...........PASTI RAKAN-RAKAN AKAN KEHADAPAN BERSAMA SAYA.
SAMPAI BILA KITA HARUS TIDUR DIATAS DESAKAN RAKAN RAKAN KOMPONEN.
MOGA PERJUANGAN IKHLAS INI TIDAK SIA-SIA.

Terima kasih wahai pejuang-pejuang bangsa di Bahagian Shah Alam

HULU SELANGOR - V S CHANDRAN & JOHAN MOHD DIAH OFFER AS INDEPENDENT CANDIDATES




A businessman, Johan Mohd Diah, 31, today offered himself as an independent candidate in the by-election for the Hulu Selangor parliamentary seat on April 25.

He is the second candidate who had offered to stand as an independent after former Hulu Selangor MIC division deputy head V S Chandran announced his candidacy.

"I am a Felda settler and a voter here. I have taken the form to contest as an independent candidate at the request of the public to champion the cause of 1,000 Felda settlers at the Felda Sungai Tenggi and Gugusan Felda Hulu Selangor, which has 6,000 voters.

"There are many people of caliber here... why should we elect a candidate from outside like the PKR candidate from Kelantan," said the settler from the Sungai Tenggi Felda scheme and representing about 20,000 young voters in Hulu Selangor.

Former Minister in the Prime Minister's Department Zaid Ibrahim had been selected as the PKR candidate while Barisan Nasional is expected to announce its candidate tomorrow.

Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin is expected to announce the BN candidate at 4pm tomorrow.

Nomination day is on Saturday.
- Bernama
Sumber : http://kamal-talksmalaysia.blogspot.com/2010/04/hulu-selangor-v-s-chandran-johan-mohd.html

PROFAIL

Berumur 31 tahun. Dilahirkan di Felda Sg. Tengi merupakan anak jati FELDA dan pengundi setia Hulu Selangor.Mendapat pendidikan awal di SRK Sg Tengi kemudian di SMK Felda Soeharto,SMK Sg. Besar dan menamatkan persekolahan di SM Vokasional Teknik Klang.

HANG JEBAT KEMBALI ?

Keratan Akhbar Utusan Malaysia
Sumber : www.utusan.com.my
Tarikh : 14 hb April 2010