talian johan rakyat

Profail Jebat



Dilahirkan di Felda Sg. Tengi pada tahun 1979.Merupakan anak jati FELDA dan pengundi setia Hulu Selangor.Mendapat pendidikan awal di SRK Sg Tengi kemudian di SMK Felda Soeharto,SMK Sg. Besar dan menamatkan persekolahan di SM Vokasional Teknik Klang.


Pernah menjadi despatch. Pernah menjadi pemandu van kilang. Pernah menjadi pemandu teksi.pernah menjadi pemandu airport limo. kini menjalankan perniagaan menjual produk kesihatan dan produk kecantikan bersama isteri.


Mempunyai keluarga yang bahagia. Dikurniakan 3 org cahaya mata bakal mewarisi darah perjuangan agama, bangsa dan negara.



Merupakan Ketua Pemuda UMNO cawangan Puncak Perdana U10 merangkap Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam.
Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Biro Kerjaya dan Sumber Manusia Pemuda UMNO Shah Alam, Pengarah Pemuda PDM Monterez, Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik dan Pengerusi Zon A7 Pemuda UMNO Shah Alam.
Beliau juga aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) sebagai Pengerusi Penaja Persatuan Belia U10.

Berpengalaman menjalani kehidupan sebagai rakyat berpendapatan rendah menjadikan beliau seorang yang sangat memahami dan peka kehendak golongan rakyat terbanyak di negeri Selangor. Pernah memperjuangkan nasib golongan muda di Sungai Tengi bagi mendapatkan kawasan penempatan pemulihan ketagihan dadah, malangnya usaha itu tidak mendapat sokongan dari pelbagai pihak baik UMNO bahagian, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, Pejabat Tanah Negeri, Pengurusan Felda dan mahupun Pemuda Umno,yang menyokong hanyalah Ketua Kampung dan PDRM sahaja


Darah Jebat yang mengalir membangkitkan semangat beliau untuk menjadi lilin,berkorban membakar diri untuk menerangi masyarakat di Hulu Selangor dan Malaysia amnya.


Menyedari permasalahan ini beliau mengambil langkah untuk menjadi Calon Bebas bertujuan untuk memartabatkan modal insan yang sangat diperlukan oleh seluruh keluarga di hulu selangor ini terutama dalam masalah penagihan dadah disetiap felda, kampung serta taman perumahan seluruh parlimen hulu selangor.Apa akan berlaku jika rakyat di Hulu Selangor ini dibiarkan. Tanduslah pemimpin tempatan,hilanglah jati diri kerana terpaksa berpaut kepada pemimpin yang diimport, yang tidak akan faham jiwa rakyat tempatan, hilang bila diperlukan.


KEPADA RAKYAT HULU SELANGOR, BERILAH PELUANG KEPADA INSAN KERDIL INI UNTUK MEMARTABATKAN RAKYAT HULU SELANGOR.


YANG PASTINYA, DARAH JEBAT YANG MENGALIR INI TIDAK KENAL ERTI GENTAR DALAM MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT HULU SELANGOR